UMW Toyota Motor akan terus melabur bagi mengembangkan rangkaiannya untuk memenuhi permintaan dan memuaskan hati pelanggan.<br /><br />Presidennya Datuk Ismet Suki berkata tahun lepas syarikat menguasai bahagian pasaran lebih sedikit daripada 14 % dan meneruskan penguasaan dalam segmen kereta bukan nasional bagi tahun ke-24 berturut-turut.
