Operasi mencari mayat mangsa yang masih hilang ketika nahas feri Sewol pada april lalu secara rasminya ditamatkan.

Majoriti keluarga mangsa yang hilang bersepakat menyokong tindakan menamatkan operasi berkenaan oleh kerajaan.

Dalam perkembangan lain, kapten feri Sewol mengaku cuai dan meninggalkan penumpang dan anak kapalnya ketika insiden itu April lalu.

Dia dijatuhi hukuman penjara tiga puluh enam tahun oleh mahkamah Korea Selatan.

Ketua jurutera feri berkenaan pula dihukum penjara tiga puluh tahun.

Sementara tiga belas anak kapal yang lain dijatuhi hukuman 20 tahun.

Sebelas anak kapal lagi menerima hukuman yang lebih ringan.

Kapten Lee Joon-Seok dan tiga lagi anak kapal pada mulanya disabitkan oleh pendakwa raya atas tuduhan membunuh dan beberapa tuduhan lain.

Lee telah memohon maaf kerana meninggalkan penumpang namun tidak menyangka tindakannya itu mengundang padah.

Astro AWANI LIVE http://www.astroawani.com/videos/live
Subscibe to NJOI AWANI https://www.youtube.com/njoiawani
Follow us on Website http://www.astroawani.com
Like us on Facebook https://www.facebook.com/astroawani
Follow us on Twitter https://twitter.com/501Awani
Follow us on Instagram http://instagram.com/501awani