Malaysia akan menganjurkan mesyuarat pakar teknologi maklumat dalam industri penerbangan bulan depan bagi mencari jalan membolehkan maklumat daripada kotak hitam sesebuah pesawat disalur terus ke pusat pangkalan data bumi.<br /><br />Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata mesyuarat itu akan membincangkan kaedah bagi menaik taraf sistem kotak hitam tersebut.