Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed meminta semua pimpinan UMNO Terengganu patuh dan akur kepada sebarang keputusan yang dibuat pucuk pimpinan parti.<br /><br />Katanya sebagai ahli parti, mereka perlu setia walau sebarang keadaan kerana mana-mana jawatan yang disandang dan dilantik adalah terletak pada keputusan presiden parti.
