Syarikat berkaitan kerajaan GLC digesa supaya menghindari budaya silo dan bekerjasama bagi faedah bersama.<br /><br />Setiausaha Agung Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar Abdullah berkata kerjasama antara lebih 80 GLC dalam negara tidak hanya mampu menjimatkan perbelanjaan tetapi turut menarik masuk pelaburan.