AirAsia menarik balik keluaran terkini majalah Travel3sixty daripada semua penerbangannya serta-merta kerana baris ayat yang menyinggung dalam kolum bulanan yang secara tidak sengaja mengaitkannya dengan penerbangan MH370.<br /><br />Pengerusi Eksekutif AirAsia dan Penerbit Majalah Travel3sixty, Datuk Kamarudin Meranun, berkata penulis kolum, Kapten Lim Khoy Hing menulis artikel terbabit beberapa bulan lebih awal sebelum majalah itu dicetak.
