Pegawai atau anggota yang di percayai mengalami gangguan fikiran dan emosi sentiasa dipantau Bahagian Agama dan Kaunseling Polis Diraja Malaysia, (BAKA).<br /><br />Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, memaklumkan PDRM memandang serius perkara ini kerana ia bukan sahaja mengganggu prestasi kerja tetapi juga imej pasukan sebagai sebuah organisasi yang berintegriti.
