Polis menahan 13 wanita warga China yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Mindlands Park, Jalan Burma, Georgetown, dalam satu operasi petang Isnin.<br /> <br />Mereka yang berusia antara 23 dan 40 tahun itu ditahan dalam Ops Cantas Khas Bersepadu Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut bermula jam 7 petang.