Laporan Tahunan Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2013 menunjukkan 5 daripada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (Nkea) menjadi pemacu utama kepada cabang Program Transformasi Nasional (NTP).<br /><br />Pada masa sama, ia bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan ketika Malaysia menuju ke arah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.<br /><br />Pada tahun 2013 sahaja, ETP menyumbang 7.4 bilion ringgit kepada PNK dengan menawarkan 29 ribu 373 peluang pekerjaan baru dalam usaha memacu pelaburan bernilai 8 bilion ringgit.
