Mesyuarat peringkat menteri segi tiga pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand ke-20 IMT-GT bersetuju untuk terlibat secara terus dengan wakil-wakil sektor swasta pada mesyuaratnya yang akan datang.<br /><br />Ia bagi mempercepat hasil membabitkan projek berkait sektor swasta.<br /><br />Menurut satu kenyataan berdasarkan penemuan awal kajian separuh penggal, Kumpulan Kerja (WG) telah mengenal pasti 33 projek yang sedang dilaksanakan daripada 72 projek dalam rangka tindakan pelaksanaan.