Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.<br /><br />Ibu mana yang tidak sedih mengenang dan menanti kepulangan anak bongsu yang hilang tanpa kabar berita sejak 32 hari lalu.<br /><br />Pilu, luluh hati ibu, Tam Giat Hua, kerana panggilan telefon yang dijanjikan anaknya, Jee Jing Hang, 41, sebaik tiba di Beijing, jam 6.30 pagi, 8 Mac lalu masih lagi belum kedengaran.