Terengganu, negeri di Pantai Timur semenanjung Malaysia menyaksikan pembangunan pesat.

Antara paling ketara adalah pengwujudan wilayah ekonomi Pantai Timur ECER.

Sejak tahun 2007 sehingga suku pertama tahun ini, Terengganu berjaya menarik pelaburan asing FDI RM16.3 bilion.

Melalui pelaburan itu, lebih 20 ribu peluang pekerjaan diwujudkan dalam pelbagai sektor termasuk perindustrian, pembuatan, pelancongan serta minyak dan gas.