Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menziarahi dan mendoakan ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Shah Yang mangkat pada 28 mei lalu.<br /><br />Di dalam titah sulung selepas diisytiharkan sebagai Sultan Perak yang ke-35, baginda merakamkan penghargaan kepada angkatan tentera, polis dan pelbagai agensi yang terlibat mengendalikan urusan pemakaman Almarhum.