Selepas Gua Musang, Majlis Keselamatan Negara(MKN) akan membina 150 buah khemah bagi penempatan segera kepada mangsa banjir di tiga buah kampung di jajahan Kuala Krai yang terjejas teruk.<br /><br />Khemah akan dibina di tapak asal kampung manjor, kampung pemberian dan kampung karangan, Manek Urai iaitu kawasan paling kritikal.
