'Hati ada sedikit gentar'

Itu adalah antara ayat-ayat terakhir yang ditaip oleh seorang penumpang pesawat MH17 yang digunakan sebagai caption video yang kemudiannya dimuatnaik di laman Instagramnya sebelum pesawat itu terhempas di timur Ukraine pada Khamis.

Md Ali Md Salim, 30 tahun, yang sedang mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah (PHD) dalam bidang Development Neuro-Psycho-Pathology di Erasmus University Rotterdam di Belanda, dalam perjalanan pulang untuk bercuti di Kampung Jayor, Pagoh Di Johor.

Di talian ialah rakan karib Ali, Khairol Ikram Kamarul Bahrin.

Sila layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.