Kes Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Azmi Sharom yang mencabar pertuduhannya di bawah Akta Hasutan 1948 akan dibawa ke Mahkamah Tinggi.<br /><br />Sementara satu lagi kesnya iaitu pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan ditangguhkan ke 7 November depan.