Syarikat tambang murah AirAsia bakal merintis penggunaan 'i-checkit', sistem pemeriksaan polis antarabangsa interpol, bagi meningkatkan keselamatan perjalanan antarabangsa.<br /><br />Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan itu berkata semua pasport penumpang prospektif akan disemak dengan pangkalan data dokumen perjalanan hilang dan curi SLTD Interpol.
