Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengalu-alukan usaha kerajaan melonjakkan pencapaian negara menjelang tahun 2020.<br /><br />Presidennya, Azih Muda, berkata usaha yang dibuat seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP), mampu melonjakkan negara menjadi sebuah negara maju dalam tempoh enam tahun lagi.