Celcom Axiata Bhd memperuntukkan perbelanjaan modal sebanyak RM 950 juta pada tahun ini untuk menyediakan kualiti rangkaian yang lebih baik dan meningkatkan prestasi data kepada pelanggannya.<br /><br />Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Shazalli Ramly berkata sebanyak RM 400 juta untuk melancarkan 2,014 tapak evolusi jangka panjang generasi keempat 4G yang aktif di seluruh negara menjelang akhir tahun.