Misi mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 di selatan Lautan Hindi pada selasa diperhebat dengan 28 aset dikerah susulan petunjuk baru yang dikesan semalam.<br /><br />Menurut Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) operasi mencari bawah laut akan diteruskan.<br /><br />Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia AMSA, turut mengarahkan pencarian di satu kawasan yang luas iaitu 77,580 kilometer persegi, 2268 kilometer ke barat laut Perth.
