Pesalah trafik yang telah dikenakan saman kerana menggunakan kenderaan bercermin gelap perlu membayar saman itu selagi undang-undang berkaitan belum dipinda.<br /><br />Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman SAC Mohd. Fuad Abd. Latiff memaklumkan polis hanya menangguhkan operasi memburu kenderaan terbabit dalam Ops Warta Isnin ini sehingga pengumuman baru oleh Kementerian Pengangkutan.
