Mahkamah Majistret Balik Pulau, Pulau Pinang menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan ke atas seorang nelayan atas kesalahan melawan dan memukul anggota polis yang sedang bertugas, pada 7 Mac lalu. Tertuduh, Md Ali Hanifiah Md Junus, 31, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Rashidah Mohd Akit.
