Seorang wanita warga emas meninggal dunia dalam penerbangan pulang daripada mengerjakan umrah bersama keluarga Jumaat lepas.<br /><br />Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham abdullah memaklumkan Keputusan awal bedah siasat bagaimanapun mendapati wanita berusia 89 tahun itu negatif jangkitan sindrom pernafasan Timur Tengah-Virus Korona (Mers-Cov).