Jabatan Penerbangan Awam (DCA) diarahkan untuk berbincang dengan syarikat satelit Inmarsat bagi mendedah data asal kepada umum berhubung pesawat penerbangan Malaysia MH370.<br /> <br />Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memaklumkan perkara ini dilakukan demi pendirian kerajaan dalam mengutamakan kepentingan keluarga penumpang pesawat tersebut.
