Rakyat Malaysia tidak hanya berdiam diri, malah tampil beramai-ramai bagi menegakkan keadilan untuk pesawat MH17 yang dipercayai ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah di timur Ukraine Khamis kelmarin.

Petang tadi, satu perhimpunan 'Justice For MH17' yang menginginkan keadilan bagi MH17 diadakan bagi menunjukkan solidariti rakyat Malaysia terhadap insiden pesawat MH17.

Pelbagai foto dikongsikan orang ramai melalui media sosial.

Sila layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.