Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video<br /><br />Malaysia masih kekurangan doktor pakar keluarga dengan hanya kira-kira 500 doktor pakar daripada anggaran enam hingga lapan ribu doktor keluarga di seluruh negara.<br /><br />Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata usaha sedang dibuat bagi menambah bilangan pakar doktor keluarga dengan memberi sokongan kepada golongan itu bagi melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana.
