Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video<br /><br />Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, KPDNKK Kelantan membuka kertas siasatan ke atas sebuah restoran yang didapati menjual harga makanan dengan harga yang tidak munasabah.<br /><br />Pengarah KPDNKK Kelantan Datuk Abdul Ghani Harun berkata restoran yang terkenal menjual sup kepala ikan di Jalan Kuala Besar itu disiasat mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
