Menjadi tanggungjawab syarikat penyedia kandungan seperti Astro untuk tidak hanya menawarkan hiburan semata mata tetapi elemen pendidikan khusus buat rakyat malaysia disuntik ke dalam kandungan yang ditawarkan.<br /><br />Pendidikan di dalam kandungan Astro seperti Tutor Tv, diakses lebih enam juta pengguna, membuktikan permintaan tinggi terhadap kandungan pendidikan di negara ini.<br /><br />Ketua Pegawai Operasi Astro Malaysia Holdings Berhad Henry Tan berkata, Astro komited untuk terus menyedia kandungan berunsur pendidikan sebagai usaha memberi nilai tambah buat pengguna Astro.