Tiada kapal selam digunakan dalam operasi mencari dan mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.<br /><br />Perkara itu disahkan panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.<br /><br />Katanya, kapal selam tidak bersesuaian kerana ia hanya dilengkapi sistem sonar pengesan yang terhad dan tidak berupaya mengesan objek statik di dasar laut.