Operasi mencari dan menyelamat saki-baki warga Indonesia mangsa tongkang karam diteruskan pada Khamis dengan operasi di laut dan tinjauan melalui udara.<br /><br />Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, APMM Klang, Leftenan Komander Maritim Mohd Hambali Yaakup memberitahu, operasi akan turut disertai pasukan APMM Johor.