Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video<br /><br />Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan akan menjalankan operasi penguatkuasaan penggunaan cermin gelap mengikut spesifikasi baru bermula Jumaat.<br /><br />Sebelum ini, penguatkuasaan cermin gelap ditangguhkan hampir enam bulan bagi memberi peluang kepada pemilik kenderaan memperbaiki kadar ketelusan cahaya cermin kenderaan masing-masing mengikut spesifikasi ditetapkan.
