Khazanah Nasional Berhad menafikan dakwaan sudah melantik Ketua Pegawai Eksekutif baru bagi menerajui Malaysia Airline System Bhd.<br /><br />Cabang pegangan pelaburan Malaysia itu berkata pencarian CEO baharu masih diteruskan.<br /><br />Keputusan muktamad hanya akan dibuat selepas pertimbangan yang sewajarnya dan berunding dengan pemegang saham khas, Menteri Kewangan diperbadankan.
