Seorang pekerja kontrak maut manakala dua lagi rakannya parah selepas terjatuh dari tingkat 22 tapak pembinaan bangunan kondominium mewah di Jalan Cantonmen, Bagan Jermal.<br /><br />Mangsa yang maut terjatuh ke bahagian parkir kereta di tingkat lapan manakala dua yang cedera pula terjatuh di tingkat 25.