Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video

Cuti hujung minggu yang panjang bermula hari ini sehingga Isnin, menyebabkan, sebahagian besar warga kota mengambil peluang itu untuk bercuti atau pulang ke kampung halaman.

Ini menyebabkan berlakunya pertambahan jumlah kenderaan di semua lebuh raya keluar dari Kuala Lumpur menghala ke utara, selatan dan Pantai Timur.

Ia turut menyebabkan kesesakan teruk sepanjang perjalanan.
Rakan setugas, Asyraf Hasnan, petang tadi, turut meninjau Lebuh Raya Utara Selatan, PLUS menghala ke utara dari Kuala Lumpur.