Malaysia berusaha untuk mendapatkan peluang yang lebih baik dari segi akses pasaran bagi sektor tertentu dalam rundingan perkongsian Trans Pasifik.<br /><br />Ini memandangkan perbincangan memberi tumpuan terhadap akses pasaran di Mesyuarat Peringkat Menteri di singapura.<br /><br />Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata banyak kemajuan dicapai dari segi rundingan akses pasaran sejak enam bulan lepas dengan negara-negara yang mengambil bahagian menyatakan minat mereka.
