Seorang lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Georgetown hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh, empat tahun lalu. <br /><br />Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim membuat keputusan itu terhadap Mohd Firdaus Mokhtar, 31, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
