Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video

"Saya hanya ingat mati ketika itu".

Demikian luahan seorang pendaki Malaysia apabila berdepan situasi mencemaskan ketika gempa bumi berlaku di Nepal menyebabkan runtuhan salji di Kem Induk Gunung Everest (Everest Base Camp).

Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Farul Aidib Mohamad Yusoff, menceritakan pengalaman kumpulannya terselamat dalam gempa yang meragut ribuan nyawa di negara itu.