Kenderaan dalam air, AUV, Bluefin-21, meneruskan misi ketujuh hari ini untuk pencarian dalam air bagi mengesan pesawat penerbangan MH370 Malaysia Airlines di Selatan Lautan Hindi.<br /><br />Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), yang mengawasi operasi pencarian berkata kenderaan tanpa pemandu itu telah memeriksa kira-kira 133 kilometer persegi setakat ini.
