Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video<br /><br />Kerajaan Persekutuan bersedia menggunakan akta industri perkhidmatan air bagi memastikan kerajaan Selangor meneruskan proses penstrukturan semula industri bekalan air di negeri itu.<br /><br />Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata, tindakan undang-undang juga sedang dipertimbangkan bagi memastikan Projek Loji Rawatan Air Langat Dua dapat diteruskan selepas ia tertangguh kerana kegagalan kerajaan Selangor memberikan beberapa premit serta tanah yang diperlukan.
