1,920 ekor kura-kura yang dianggar bernilai RM 200 ribu, dirampas unit pencegahan penyeludupan, UPP Pangkalan Kubor di Kampung Derdap, Tumpat Sabtu lalu.<br /><br />Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara, Perhilitan Kelantan Mohammad Khairi Ahmad memberitahu, serbuan dibuat hasil maklumat orang awam dan risikan UPP.
