Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video<br /><br />Malaysia akan mewujudkan satu pusat pemantauan gempa bumi bagi mengenal pasti kemungkinan berlakunya bencana itu pada masa akan datang.<br /><br />Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah itu dilihat perlu memandangkan Malaysia, khasnya Sabah, masih belum mempunyai pusat yang khusus untuk mengesan pergerakan gempa bumi.
