Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video

Tiga lagi peniaga akan dihadapkan ke mahkamah minggu hadapan atas dakwaan sengaja menaikkan harga barangan sejak pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), 1 April lalu.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad, berkata dalam tempoh itu, KPDNKK turut mengenakan kompaun terhadap 260 individu dan syarikat.

Manakala, 43 kertas siasatan dibuka dan ia hampir siap, sebelum dikemukakan ke Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.