Tiada keperluan untuk menambat ringgit kepada Dolar Amerika Syarikat buat masa ini biarpun matawang itu terus merekodkan penyusutan.<br /><br />Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz menegaskan sekiranya tambatan ringgit dilaksana, ia akan mengakibatkan pengubahsuaian kepada faktor ekonomi lain.