SME Bank mensasar untuk menawarkan pembiayaan RM3 bilion kepada Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) tahun ini bagi memupuk pembangunan mereka.<br /><br />Pengarah urusan kumpulan itu, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus berkata, setakat Mei lalu, bank itu telah mengeluarkan pinjaman RM1.2 bilion kepada PKS untuk membantu pertumbuhan perniagaan mereka.