Bajet 2015 yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini adalah belanjawan yang memberi fokus kepada 'ekonomi manusia' dengan membawa pelbagai manfaat kepada rakyat.<br /><br />Penganalisis Ekonomi, Profesor Datuk Mohd Yusof Kasim berkata ini dibuktikan dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 6% adalah lebih rendah berbanding negara lain yang mengenakan GST sehingga 20%.
