Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video<br /><br />Polis Sabah giat mengesan suspek serta dua mangsa yang diculik empat lelaki bersenjata dari sebuah restoran makanan laut di Sandakan, malam tadi.<br /><br />Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata selain mengambil keterangan daripada saksi dan pekerja restoran terbabit, pihak polis turut merampas 15 telefon bimbit pekerja restoran berkenaan untuk siasatan lanjut.
