Polis Diraja Malaysia sedang menyiapkan kertas siasatan ke atas Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.<br /><br />Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan dijangka memakan masa kerana pertubuhan itu mempunyai keanggotaan yang ramai.
