Model terbaru Perodua Axia, Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pertama Malaysia yang dilancarkan oleh Perodua, akan menetapkan penanda aras baharu dalam pasaran EEV.<br /><br />Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Perodua Axia membuktikan Syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mampu menyesuaikan diri dalam industri automotif dan berkembang di Malaysia.