Kerajaan akan membuat keputusan bagi menentukan tarikh upacara menerima mayat mangsa nahas MH17, Rabu depan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kabinet pada mesyuarat mingguannya itu nanti akan mengambil kira pandangan rakyat mengenai perkara itu.

Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa menyambut jenazah nahas MH17 di ibu negara, Hishammuddin berkata semua mayat mangsa akan diberi istiadat penghormatan khusus sebaik tiba di Malaysia.

Astro AWANI
Website: http://www.astroawani.com
Facebook: https://www.facebook.com/astroawani
Twitter: https://twitter.com/501Awani
Youtube: https://www.youtube.com/njoiawani
Instagram: http://instagram.com/501awani