Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video

Jenazah isteri Pesuruhjaya Malaysia di Pakistan, Allahyarham Datin Habibah Mahmud yang maut dalam nahas helikopter di Lembah Naltar, Pakistan, dijangka dibawa pulang ke tanah air hari ini.

Pesawat pengangkut C-130 berlepas dari Islamabad siang tadi dan dijangka tiba di Kompleks Bunga Raya, sebentar lagi.

Mengiringi jenazah berkenaan, ialah anggota keluarga allahyarham.

Untuk perkembangan lanjut mengenainya, kita bersama rakan setugas, Shah Hairizal di Kompleks Bunga Raya.